Karangan yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Dalam hal ini, kita jarang-jarang mendengar murid menghadapi masalah untuk mendapatkan isi karangan. Namun demikian kebiasaannya murid menghadapi masalah untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan tersebut. Mereka selalunya menghadapi masalah untuk mengembangkan isi tersebut agar menjadi satu kesatuan idea dalam perenggan-perenggan karangan. Isi tersebut perlu dikembangkan menjadi satu pertautan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
Murid-murid juga selalunya menghadapi masalah untuk menulis karangan yang menepati jumlah perkataan, seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kerap kali berlaku, murid-murid menulis karangan yang jumlah perkataannya kurang daripada yang telah ditetapkan oleh soalan. Perenggan karangan juga biasanya tidak seimbang kerana terdapat perenggan yang panjang dan ada pula perenggan yang pendek. Perkara ini berlaku kerana murid-murid tiada teknik atau cara yang boleh membantu mereka untuk mengembangkan isi karangan agar seimbang antara perenggan. Oleh hal yang demikian, laman ini akan membincangkan teknik atau cara-cara untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan dengan berkesan.
Untuk menghasilkan karangan yang baik, empat proses yang berikut perlu diikuti oleh pelajar, iaitu:
i. Membaca semua soalan
ii. Membuat pemilihan dan perancangan
iii. Menulis karangan
iv. Membuat semakan
Selepas proses pertama dan kedua itu dilakukan, barulah murid menjalankan proses yang ketiga iaitu menulis karangan. Proses menulis karangan akan melibatkan pengolahan dan pengembangan isi karangan yang diperoleh dalam proses yang kedua. Proses inilah yang paling rumit dan mencabar kebolehan, kemahiran dan pengetahuan murid. Oleh yang demikian, proses yang ketiga ini perlulah diberikan tumpuan utama kerana markah karangan murid akan ditentukan oleh proses yang ketiga ini. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan dalam menulis karangan yang baik. Antaranya :
Teknik Mengolah Karangan dengan Menggunakan Formula Dr. Ghazali Lateh
1. Pendahuluan
i. Ikatan 2 Hati (IKTHH- Isi, Kesan, Tindakan, Hasil, Hubung kait)
Contoh perenggan pendahuluan
Statistik kemalangan jalan raya seringkali meningkat pada musim perayaan utama negara kita. (I) Hal ini telah menyebabkan banyak kecederaan berlaku dalam kalangan pengguna jalan raya di samping banyak juga nyawa manusia yang terkorban. (K) Oleh itu pihak berkuasa telah meningkatkan usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya seperti penguatkuasaan undang-undang melalui “ops sikap” dan juga kempen keselamatan jalan raya. (T) Diharapkan jumlah kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan setelah langkah-langkah yang berkesan diambil oleh pihak berkuasa. (H) Oleh yang demikian usaha pihak berkuasa itu perlu diteruskan bukan sahaja pada musim perayaan malah pada hari-hari biasa untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya daripada terus meningkat di negara kita. (H) (96 perkataan)
ii. Ismail Kena Cium Lembu Hitam (IKCLH – Isi, Kesan, Contoh, Langkah, Hasil)
Contoh perenggan pendahuluan
Terdapat projek perumahan yang terbengkalai atau tidak disiapkan oleh pemaju perumahan di negara kita. (I) Hal ini sudah tentu akan menyusahkan pembeli–pembeli rumah yang mengharapkan rumah mereka disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (K) Terdapat beberapa kes seperti ini yang berlaku di Kuala Langat, Gombak dan Hulu Langat, iaitu seperti yang dilaporkan oleh media massa arus perdana. (C) Oleh itu pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemaju perumahan yang bersikap seperti “harapkan pagar, pagar makan padi” ini untuk mengatasi masalah tersebut sebelum menjadi lebih serius. (L) Diharapkan langkah tersebut akan dapat mengatasi masalah yang terpaksa ditanggung oleh pembeli rumah yang hendak berpindah ke rumah sendiri. (H) (96 perkataan)
2. Isi Karangan
i. 5W1H (Apa, Siapa, Mengapa, Bila, Di mana, dan Bagaimana)
Contoh perenggan isi
Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang cuai. Mereka biasanya tidak menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan di jalan raya. (A) Kebiasaannya juga mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan ataupun memandu dalam keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini seterusnya menyebabkan pemandu kenderaan hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (Ba) Oleh yang demikian, pengguna jalan raya perlulah berhati-hati dan tidak cuai semasa memandu kenderaan di jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku. Hal ini bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu beringat sebelum kena dan janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah. (M) (79 perkataan)
ii. Individu dan Keluarga (Inke), Masyarakat (Kawan, Jiran dan Sekolah), Negara, Teknologi, dan Antarabangsa. ((InkeManeTekA)
Contoh perenggan isi
Salah satu punca penagihan dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. (Kawan) Para ramaja biasanya mudah terpengaruh oleh perbuatan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Selain itu mereka juga ingin tahu dan ingin mencuba perkara tersebut. Hal ini biasanya akan menyebabkan mereka ketagih terhadap dadah.
iii. Inikah Hasilnya Cinta (IKHC – Isi, Kesan, Huraian, Contoh)
Contoh perenggan isi
Aktiviti sukan yang kita lakukan boleh menyihatkan badan kita. (I) Hal ini demikian kerana semasa kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. (K) Seterusnya perkara ini berlaku disebabkan oleh jantung kita bekerja kuat dan mengepam darah ke seluruh badan. (H) Contoh aktiviti sukan yang boleh kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak, badminton, hoki, dan berjoging. (C)
3. Penutup/kesimpulan
i. Rasa Cinta Aku Pasti Hilang (RCAPH – Rumusan, Cadangan, Ancaman, Harapan)
Contoh perenggan kesimpulan
Kesimpulannya, masalah rasuah perlulah ditangani segera oleh pihak berkuasa di negara kita. (R) Oleh yang demikian pihak berkuasa perlulah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan rasuah. Kempen tersebut bolehlah dijalankan di media-media massa arus perdana dan juga melalui ceramah yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah. (C) Hal ini demikian kerana jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu akan merosakkan jentera pentadbiran negara. Jika jentera pentadbiran negara kita rosak sudah pasti kita semua yang akan menerima padahnya.(A) Perkara ini bertepatan dengan ungkapan, lebih baik mencegah daripada mengubati sesuatu penyakit.(P) Jadi, kita semua berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum berleluasa atau menjadi lebih serius. (H) (102 perkataan)
ii. Kena Hati-Hati (Kesimpulan, Hurai, Harapan)
Contoh perenggan kesimpulan
Kesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Anggota masyarakat perlulah membantu pihak berkuasa dengan melaporkan kejadian jenayah yang berlaku dengan segera. (H) Dengan cara itu masalah jenayah ini diharapkan dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa. Seterusnya hal ini membolehkan masyarakat di negara kita ini hidup dalam keadaan aman, tenteram dan harmoni.(H)
Teknik Mengolah Karangan dengan Menggunakan Jadual Pengembangan Idea
Perenggan Pendahuluan
PERKARA | PENERANGAN |
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DEFINISI DAN SEBAGAINYA | BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA PEMBACA. |
AYAT RANGSANGAN 1 | AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMBACA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 INI MEMBOLEHKAN PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN. Membina ayat rangsangan dengan kata tanya apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih? |
AYAT RANGSANGAN 2 | AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMBACA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA. ( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema? |
AYAT RANGSANGAN 3 | MENERUSKAN RASA MINAT PEMBACA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA ( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya bagamana - fokus/ tema? |
FRASA MENARIK | PEMBACA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan. |
UNSUR KBAT | KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya……………………………. |
AYAT ARAHAN | MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. |
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)
TEMA/ KATA KUNCI ISI | PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS ( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN) Mendapatkan isi dengan penggunaan kata tanya apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih? |
AYAT HURAIAN 1 | AYAT HURAIAN ISI. (MENGAPA- TENTANG ISI) PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:- |
AYAT HURAIAN 2 | AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA ( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI) |
AYAT HURAIAN 3 | AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA. (KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA ) PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3. |
AYAT CONTOH | AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN) |
UNSUR KBAT | SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA…….. |
FRASA MENARIK | PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA. SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN |
AYAT ARAHAN | TEGASKAN SEMULA ISI TEMA KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA |
JADUAL PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul | Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema) |
Ayat cadangan | Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain |
Ayat huraian cadangan | Huraikan kenapa pentingnya......tema? |
Ayat huraian mengapa Cadangan diutarakan | Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ? |
Unsur KBAT | Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya. |
Frasa menarik | Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb. |
Ayat harapan | Apa harapan anda terhadap tajuk/tema |
Kedua-dua kaedah mengolah karangan yang diberikan dapat memudahkan pelajar untuk membina karangan dengan baik. Pelajar hanya perlu memilih kaedah-kaedah tersebut untuk diaplikasikan dalam penulisan karangan mereka. Berikut merupakan kelebihan mengolah karangan menggunakan formula dan tip tambahan bagi menghasilkan karangan yang baik:
Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang
1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan
PENILAIAN
Ciri-ciri Karangan Cemerlang
Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :
Aspek yang Dinilai
Kelemahan Calon