30 May
30May

PENDAHULUAN


i) PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

   (Perenggan pertama)

a)Pada era globalisasi ini,                              

b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,

c) Dalam meniti arus kemodenan ini         

d) Dewasa ini,

e) Pada masa ini,                                               

 f) Kini,

g) Dasawarsa ini,                                             

h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

i) Sejak sedekad yang lalu,                            

j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

l) Belakangan ini,                                           

m) Sejak akhir-akhir ini,


 Contoh:

–Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu

–Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah …

–Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

–Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

–Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

–Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …


PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK


· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………


 PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

–   Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

–  Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

–  Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera  untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

–  Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….

– Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi


ISI


i)  PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN             

  (UNTUK ISI PERTAMA)

· Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa

· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas


ii) PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2, 3 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

(BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ISI PERTAMA DAN ISI SETERUSNYA…PILIH YANG BERSESUAIAN)


· Bagi sesetengah orang …                      

· Begitu juga dengan …

· Begitu juga halnya dengan …              

 · Bertitik tolak daripada itu …

· Bukan itu sahaja …                               

 · Dalam hal ini …

· Dalam konteks ini ..                              

· Dalam zaman yang serba canggih ini …

· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …

· Dengan adanya …                                 

 · Dengan berbuat demikian …

· Dengan perkataan lain ..                         

· Disebabkan hal itu

· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..

· Hal ini berlaku disebabkan                    

· Hal ini penting dalam

· Hal ini serupa dengan                              

· Hal yang serupa berlaku apabila

· Ini disebabkan                                         

· Ini membuktikan bahawa

· Ini menggambarkan bahawa                  

· Ini secara tidak langsung akan

· Ini semua meninggalkan kesan kerana

· Ini tentu sekali membuatkan                  

· Jadi kita perlu

· Jadi kita hendaklah                                

· Keadaan ini tentunya

· Lantaran itu sehingga kini                     

· Kesemua ini menyumbang kepada

· Kita mengakui hakikat bahawa              

· Kita sering menonton di kaca televisyen

· Kita sering membaca di dada-dada akhbar

· Memandangkan keadaan yang sedemikian

· Namun sejak kebelakangan ini               

 – Hal ini demikian kerana

– Hal ini berlaku kerana                             

· Oleh itu, bolehlah dikatakan

· Secara logiknya masa yang                   

 – Hal ini terjadi kerana

– Hal ini disebabkan oleh                         

– Hal ini wujud akibat daripada

· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

· Keadaan ini seharusnya boleh              

–  Hal ini bersangkut-paut dengan

– Hal ini berpunca daripada                     

– Hal ini tercetus apabila

– Hal ini timbul apakala                          

–  Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

· Kendatipun demikian, kita masih       

 – Yang paling nyata ialah

· Yang perlu kita pastikan ialah

 

 Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a)Walau bagaimanapun,                     g) Jika dilihat dari sudut lain,

b) Dengan kata lain,                           h) Kontradiksinya,

c) Di sebalik itu,                                 i) Walakin begitu,

d) Namun demikian,                           j) Daripada perspektif yang berbeza,

e) Dalam pada itu,

f) Dari sudut lain,

 

Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,                                          

 b) Contohnya,

c) Sebagai contoh,                                

d) Tamsilnya,

e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,

f) Antaranya adalah seperti                 

 g) Sebagai contohnya

h) Biar kita lihat                                

 i) Biar kita ambil contoh

j) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

k) Sebagai analoginya,

l) Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan                     

b) Hal ini menyebabkan

c) Oleh itu,                                           

d) Maka,

e) Oleh hal yang demikian,                  

f) Oleh sebab itu,

g) Jelaslah bahawa                               

h) Justifikasinya,

 

 Penanda menutup isi (untuk bahagian isi)

a) Kesannya,

b) Natijahnya,

c) Akibatnya,

d) Akhirnya,

e) Dengan itu,

f) Dengan berbuat demikian,

g) Dengan keadaan sedemikian,

 

Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:

Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)


a) justeru                                                     

b) malah

c) malahan                                                   

d) tambahan pula

e) sementelahan                                          

f) sekali gus

g) di samping                                            

h) bahkan

i) malar-malar


iii)  PENANDA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN              

  (UNTUK ISI KE-2, KE-3 DAN SETERUSNYA)

a) Selain itu,                                            

b) Di samping itu,

c) Sementara itu,                                     

d) Lebih-lebih lagi,

e) Dalam pada itu,                                 

f) Lain daripada itu,

g) Pada waktu yang sama,                    

h) Dalam pada itu,

i) Seterusnya,

—–UNTUK HURAIAN GUNA KAEDAH YANG SAMA DI ATAS.—-


PENUTUP


       

 Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya,                              

b) Intihanya,

c) Secara tuntas,                                  

d) Konklusinya,

e) Sebagai penutup wacana,               

f) Sebagai penghias bicara akhir,

g) Sebelum mengakhiri wacana ini,  

h) Secara keseluruhan,

i) Secara total,

 

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,

· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

· Konklusinya,

· Dengan ini diharapkan

· Bukan itu sahaja

· Mudah-mudahan perkara ini

· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah  perkara ini akan …

· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

 

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, …….

b) Bak kata peribahasa Melayu, …………

c) Bak kata orang tua-tua, ………..

d) Bak kata mutiara, ………

e) Bak peribahasa, …………

f) Bak kata cendekiawan, ………….

g) Persis kata peribahasa, …………

h) Persis kata peribahasa Melayu, ………….

i) Persis kata orang tua-tua, …………

j) Persis kata mutiara, …………

k) Persis peribahasa, ……………

l) Persis kata cendekiawan, ………….

m) Hal ini sama dengan peribahasa ……….

n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni …….

o) Fenomena ini dikatakan

p) Masalah ini sama dengan peribahasa ………..

q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ……….


MUTIARA KATA

1.    Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers.

2.    Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu. Benjamin Franklin.

3.    Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham Lincoln.

4.    Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal

5.    Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah Tibet.

6.    Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati. Shakespeare.

7.    Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes.

8.    Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia.

9.    Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab.

10.Merancang masa bermakna, merancang kejayaan. Dr. Irfan Khairi.

__________________________________________________________

1.    Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuang Zi.

2.    Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan. Cicero.

3.    Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya. Confucious.

4.    Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia. Napoleon Hill.

5.    Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero.

6.    Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman.

7.    Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat. Beng Tju.

8.    Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt.

9.    Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik. Pepatah Arab.

10.Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan. Henry Thoreau.

11.Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates.

12.Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi. J. Jayewarden


COGAN KATA

1. Filem Kita Wajah Kita

2. Fikir Dahulu Sebelum Buang
3. Generasi Muda Wawasan Bangsa
4. Generasi Muda Peneraju Wawasan
5. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang
6. Guru Pembina Negara Bangsa
7. Indah Budi Kerana Bahasa
8. Kepimpinan Melalui Teladan
9. Keranamu Malaysia
10. Malaysia Boleh
11. Membaca Jambatan Ilmu
12. Membaca Sepanjang Hayat
13. Rumahku Syurgaku
14. Remaja Penggerak Wawasan
15. Satu Malaysia
16. Semakin Hari Semakin Sayang
17. Sihat Sepanjang Hayat
18. Sayangilah Sungai Kita
19. Tak Nak Merokok
20. Utamakan Kesihatan


KOLEKSI FRASA MENARIK

  • memiliki iltizam yang tinggi
  • memiliki jati diri yang unggul
  • mempunyai keterampilan sendiri
  • mempunyai pegangan agama yang mantap
  • memiliki prakarsa untuk melakukan perubahan
  • menempuh arus globalisasi
  • menjana pertumbuhan ekonomi
  • mengasah daya kepimpinan
  • mengukuhkan keutuhan perpaduan bangsa Malaysia
  • memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan dan cabaran
  • menerjah kecemerlangan
  • menggarap pengetahuan
  • memberikan nafas baharu
  • membentuk personaliti unggul dan hala tuju kehidupan
  • menjana kehebatan bakat dan kreativiti
  • menyuburkan amalan nilai murni
  • menyemai kesantunan budi pekerti
  • menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda
  • menjalinkan kemesraan dan ikatan kasih sayang
  • mengeratkan jalinan semangat kejiranan
  • menyimpulkan ikatan sosial
  • membina kecemerlangan sahsiah
  • menjadi pemangkin kemajuan negara
  • menguasai fikiran dan mengawal minda
  • mematangkan minda masyarakat
  • merealisasikan impian, harapan dan cita-cita
  • membicarakan impian dan harapan
  • menjayakan misi dan visi
  • meneruskan kelangsungan hidup
  • mewarisi tampuk kepimpinan
  • menjayakan agenda kerajaan
  • memerlukan revolusi sikap
  • melipatgandakan usaha dan memperlihatkan komitmen berterusan
  • media arus perdana
  • menguasai dada akhbar
  • mengurangkan jurang digital
  • mengundang padah
  • masih berada di takuk lama
  • masih terbelenggu dengan pemikiran negatif
  • meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan dugaan

 

PENGGUNAAN RANGKAI KATA SETARA

  • Bersandar pada cara dan berpegang pada peraturan
  • bercelaru dan berserabut
  • dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana
  • keperibadian yang mulia dan ketinggian budi yang luhur
  • kemampuan bersaing dengan negara-negara maju dan berkeupayaan ….
  • keupayaan memanipulasikan dan kebolehan mengendalikan
  • kecelaruan pemikiran dan kekusutan minda
  • kemiskinan maklumat dan kekurangan informasi
  • masyarakat yang berbudaya ilmu dan berperibadi unggul
  • melontarkan pendapat bernas dan meluahkan perasaan
  • membuahkan kegembiraan dan melahirkan kesejahteraan
  • menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar
  • melampaui batas dan melanggar tatasusila
  • menangkis kegundahan dan keresahan
  • mempersoalkan kegagalan dan mengungkitkan ketewasan
  • meluahkan perasaan dan melahirkan isi hati
  • menimbulkan kesedaran dan melahirkan keinsafan
  • menilai keupayaan sebenar dan mentafsir kemampuan hakiki
  • memperlihatkan keterampilan dan menunjukkan kemampuan
  • melemparkan tohmahan dan melontarkan syak wasangka
  • menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati
  • mencemarkan imej dan memburukkan bayangan
  • membelakangkan amanah ibu bapa dan mementingkan diri sendiri mengagungkan budaya hiburan dan meminggirkan ajaran agama
  • percanggahan pendapat dan pertentangan hujah
  • usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur

 

 PADA ZAMAN MODEN

  • pada era globalisasi
  • pada era globalisasi yang semakin mencabar
  • pada era dunia tanpa sempadan
  • pada era siber
  • pada era teknologi maklumat
  • pada alaf baharu
  • pada alaf baharu yang kian sarat dengan pelbagai cabaran


REMAJA

  • anak-anak belasan tahun
  • anak-anak belasan tahun yang gigih berjuang di medan ilmu
  • pelajar-pelajar
  • para belia
  • generasi muda
  • generasi muda yang masih mentah mengharungi ranjau kehidupan
  • generasi pascamerdeka
  • generasi pewaris kepimpinan negara
  • pemuda pemudi harapan bangsa
  • putera puteri harapan bangsa
  • putera puteri pewaris kepimpinan negara


MASALAH SOSIAL

  • kes-kes jenayah
  • gejala negatif
  • gejala maksiat yang kian berleluasa
  • perangkap maksiat
  • perangkap maksiat yang tidak mengenal mangsa
  • perlakuan antisosial
  • perlakuan yang batil
  • perlakuan yang bertentangan dengan ajaran agama
  • terjebak dalam kegiatan negatif yang menjejaskan kejayaan masa hadapan
  • terjebak dalam kegiatan negatif yang menjatuhkan maruah keluarga


MASALAH YANG KIAN MENINGKAT

  • masalah yang semakin meningkat tahun demi tahun
  • masalah yang semakin berleluasa saban tahun
  • masalah yang kian kronik
  • masalah yang kian serius
  • masalah yang membimbangkan pelbagai pihak
  • masalah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan masyarakat
  • masalah yang menggusarkan pemikiran ibu bapa
  • masalah yang menggusarkan pemikiran pelbagai pihak
  • masalah yang menuntut penyelesaian segera

 

BEKERJASAMA

  • bekerjasama “bagai aur dengan tebing” untuk ….
  • bekerjasama untuk mengatasi masalah yang kian membimbangkan
  • berganding bahu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah ….
  • bergabung tenaga untuk mengatasi ….
  • melipatgandakan usaha untuk ….
  • pelbagai langkah perlu diambil untuk ….
  • pelbagai langkah proaktif perlu digerakkan dengan berkesan demi ….
  • pelbagai tindakan drastik perlu diambil untuk ….
  • situasi ….. perlu ditangani dengan bijak agar ….

 

Frasa Menarik Untuk Karangan

Frasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan pelajar:
1.Memanifestasikan fikiran – Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2.Menukilkan kata-kata – Menulis / bercakap sesuatu
3.Memberikan impak – Mengakibatkan / menyebabkan
4.Rentetan senario itu – Selepas fenomena itu
5.Jika ditelusuri – Jika dikaji secara mendalam
6.Penyalur ilmu – Pemberi banyak pengetahuan
7.Alaf baharu – Masa terkini
8.Mutakhir ini – Pada masa kini
9.Seantero dunia – Seluruh dunia
10.Menikam sanubari – Merosakkan perasaan
11.Meluaskan horizon pemikiran – Meluaskan pandangan / pemikiran
12.Menggabungjalinkan elemen – Menggunakan pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi – Mengaktifkan proses jual beli
14.Lebih intelektual dan berketerampilan – Lebih bijak dan berkebolehan
15.Bitara – Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16.Simbiosis – Dua benda yang saling berkaitan
17.Masih bermain dengan fantasi – Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18.Mendabik dada – Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19.Mengkodifikasikan undang-undang – Menyelaras undang-undang / peraturan
20.Kestabilan spiritual dan fizikal – Keseimbangan rohani dan jasmani
21.Mekanisme kawalan – Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22.Pandangan sarwa – Pemikiran biasa / umum
23.Anjakan paradigma – Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24.Relevan dengan kehendak zaman – Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25.Landasan berfikir – Cara berfikir
26.Masyarakat konvensional – Masyarakat umum / biasa
27.Mengaibkan diri – Memalukan diri
28.Alma mater – Sekolah / universiti / tempat pelajar
29.Kemapanan fikiran – Keteguhan cara berfikir
30.Alpukah – Daya usaha / inisiatif
31.Bacul – Tidak bersemangat
32.Badai kehidupan – Cabaran hidup
33.Inteligensia – Kumpulan manusia yang pandai
34.Berkongkalikung – Bersepakat
35.Bukti yang konklusif – Bukti yang kukuh
36.Praja – Kota / negeri
37.Prakarsa – Inisiatif / daya usaha
38.pramusaji – Pelayan tetamu di restoran
39.Rutin harian – Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40.Nawaitu diri – Keinginan diri
41.Narsisistik – Terlalu memuji diri sendiri
42.privasi – Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43.Portfolio menteri – Tugas menteri
44.Pentas siasah – Dunia politik
45.Polemik – Bahas / debat / konflik
46.Melikwidasikan – Membubarkan / memansuhkan
47.Linglung – Hilang ingatan
48.Falah – Kejayaan / kemenangan
49.interpretasi – Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah – Bersikap tidak tahu
————————————————————————————————

1. bermaharajarela – berleluasa
2. konflik jiwa – pergolakan jiwa
3. menopang dagu- termenung
4. tonggak – asas/dasar
5. aset – sesuatu yang bernilai
6. menuding jari – menyalahkan orang lain
7. seantero – seluruh
8. malapetaka- bencana/ bala
9. keserakahan – kerakusan, ketamakan
10. konkrit- kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan – menjadikan kenyataan
12. vandalisme – merosakkan harta benda
13. lumrah – kebiasaan
14. duniawi – hal-hal dunia
15. ketandusan – tidak ada
16. disisihkan – dipinggirkan
17. kritikal – serius
18. sanubari – jiwa
19. akar umbi – punca
20. meranapkan – menghancurkan
21. kesedaran sivik – kesedaran tentang tanggungjawab
22. perdana – utama, primer
23. materialistik – kebendaan
24. membendung – mengawal
25. realiti – hakikat
26. berjat – kawan
27. pancaroba – keadaan yang kacau
28. mengheret – membawa kepada
29. sayugia – harus, patut
30. merunsingkan- merisaukan
31. kepupusan – kehilangan
32. khazanah – harta benda
33. global – dunia seluruhnya
34. pusaka – sesuatu yang diwarisi turun-temurun
35. warisan – harta pusaka
36. prihatin – peka, cakna
37. demonstrasi – menunjukkan
38. gemuruh- hebat
39. serampang dua mata – melakukan dua kerja serentak
40. terjebak – terlibat
41. arkib – tempat menyimpan benda khazanah
42. mencungkil- mencari
43. iltizam – harapan tinggi
44. silaturahim – persaudaraan
45. motivasi – semangat tinggi
46. menyarankan – mencadangkan
47. era – zaman
48. sistematik- teratur, mengikut peraturan
49. intensif- giat, bersungguh-sungguh
50. menberangsangkan- membanggakan
51. menimba- mendapat
52. rentetan – ekoran
53. tersadai – tidak bergerak
54. peras ugut- ancaman, paksaan
55. dif – tetamu
56. sahsiah- keperibadian
57. komitmen- kesungguhan
58. perspektif – tanggapan
59. julung-julung kali – pertama
60. nadi – penggerak
61. mengikis – membuang
62. kegawatan – kejatuhan
63. tampil – keluar
64. syabas – tahniah
65. kewibawaan- keupayaan
66. muafakat – kerjasama
67. terpikul- tertanggung
68. teladan – contoh
69. mengubah- menukar
70. dinafikan – disangka
71. menyeru- meminta
72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan
73. mutakhir- terkini
74. fasilitator – pemudah cara
75. fleksibel – mudah diubah suai
76. kebejatan – kejatuhan
77. persada -gelanggang, arena
78. boikot- dipulaukan
79. manfaat – faedah
80. total- menyeluruh
81. senggang – santai, tidak sibuk
82. bergelandang- berperleseran
83. maslahat- faedah
84. norma – adat
85. tersohor- terkenal
86. kutsi – suci
87. diuar-uarkan- dicanangkan
88. dana – modal
89. menerajui – memimpin, mengetuai
90. imej – penampilan
91. emansipasi – hak kebebasan
92. merencatkan – menggagalkan
93. dimonopoli – dikuasai
94. kolot- kuno
95. profesion – kerjaya
96. informasi – penerangan
97. integrasi – perpaduan
98. aspirasi – cita-cita, keinginan
99. memudaratkan – memburukkan
100. dinamis – berdaya saing
101. progresif- sihat dan cemerlang
102. drastik – cepat
103. perisai – pertahanan
104. diagnosis – mengenal pasti
105. pemantauan – pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto – pendirian
107. waswas – tidak yakin
108. natijahnya – kesannya
109. mencerminkan- melambangkan
110. jenama – jenis barang
111. pornografi – bahan-bahan lucah
112. diiktiraf -diakui
113. obligasi – semangat
114. impak – kesan
115. tuntasnya- keseluruhannya
116. akur – bersetuju
117. efektif – berkesan
118. konvensional- ceramah
119. panji – bendera
120. individualistik – mementingkan diri sendiri
121. manipulasi- tindakan
122. musibah – bencana
123. lewa – tidak sepenuh hati
124. prosedur – peraturan
125. inisiatif – daya usaha
126. anasir- gejala
127. penggemblengan – penyatuan
128. transisi – perantaraan
129. kaliber – berkeupayaan
130. darsawarsa – satu dekad
131. insentif – imbuhan, ganjaran


CONTOH PENDAHULUAN KARANGAN FAKTA MENGENAI ISU-ISU TERTENTU

Isu Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program yang akan meneruskan agenda perjuangan bangsa. Pihak kerajaan telah membuat kajian menyeluruh dan telus sebelum merangka matlamat dan strategi program ini. Program ini merupakan kayu ukur atau cerminan pelapis masa depan yang merupakan tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Kejayaan program ini disandarkan pada kesungguhan, iltizam dan penegasan baru. Sayangnya dasar yang hebat ini tidak disertai oleh pelaksanaan yang cekap, telus dan terperinci.


Isu Gejala sosial

Gejala sosial semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi. Walaupun hanya segelintir remaja yang mempunyai komputer peribadi tetapi pengaruhnya sukar dibendung menyebabkan mereka terjajah minda dan budaya. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan kerana mereka merupakan cerminan bangsa yang akan menongkah cabaran masa depan. Senario sosial yang dipaparkan mengetuk pintu hati segenap masyarakat untuk bertindak secara kolektif bagi merencanakan tindakan untuk mengatasi kemelut ini. Gagasan ”Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” akan dapat diimplimentasikan sekiranya gejala sosial ini dicantas di peringkat akar umbi. Seharusnya asas utama yang perlu ditekankan sejak kecil ialah pembinaan tahap sosialisasi anak melalui aspek keagamaan, bak kata pepatah Melayu, ”kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.


Isu Alam sekitar

Peranan yang lebih signifikan perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk melestarikan alam sekitar. Usaha ini harus mendapat komitmen yang sederap daripada pelbagai pihak bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih merupakan jantung dan nadi kehidupan di jagatraya ini. Jika masyarakat hanya memekakkan telinga, menutupkan mata dan membutakan hati, segala program yang dirancang akan kecundang. Ironinya, sokongan dan dukungan segenap masyarakat akan mewarnai kehidupan ini .


Isu Pembangunan

Pembangunan tanpa perancangan secara holistik ibarat api dalam sekam yang akan merencatkan aspirasi negara ini. Keghairahan sesetengah pihak yang berfikiran sempit dan obsesi menarah bukit dan menggondolkan kawasan akan mencetuskan pelbagai musibah. Seharusnya sebagai warga yang berhemah, kita haruslah menjunjung tanggungjawab dan meluaskan horizan minda untuk mengekalkan kelangsungan citra negara yang unggul. Pembangunan yang direncanakan mestilah bertunjangkan konsep mesra alam yang mampu memayungi kesejahteraan sejagat.


Isu Sukan

Sejajar dengan slogan ”Malaysia Boleh” setiap ahli sukan perlu memikul tanggungjawab yang amat berat untuk memanifestasikan slogan tersebut. Mereka perlu merangka matlamat strategi bagi menyahut cabaran tersebut. Jika slogan ini berjaya dimanipulasikan oleh ahli sukan negara sudah pasti kita dapat bersaing di peringkat global. Negara kita juga akan terkenal di persada dunia. Sokongan dan dukungan pihak kerajaan merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk memperkasa sukan negara. Hal ini kerana ahli-ahli sukan memerlukan pohon rendang untuk bernaung supaya mereka dapat memberi komitmen yang jitu terhadap bidang sukan yang diceburi. Setiap ahli sukan seharusnya mampu menghidu peluang melakarkan kecemerlangan bagi memastikan bidang sukan negara ini gah di persada antarabangsa.


Isu pendidikan

Saban hari kita sering dihidangkan dengan berita tentang tindakan sadis golongan pelajar. Fenomena yang menjadi lumrah di kebanyakan institusi pendidikan ini, akan meranapkan keutuhan bangsa dan negara. Golongan pelajar ini seolah-olah kehilangan pedoman dan menyerah kalah dalam dunia yang dilingkari kepalsuan. Sebahagian daripada pelajar ini seolah-olah telah terjajah minda dan budaya, lantaran mengamalkan fahaman agama yang jumud. Konsep yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti seolah-olah menemui jalan buntu.


Isu Perpaduan

Menyingkap nostalgia 13 Mei 1969, telah terpalit sejarah hitam di negara ini. Hakikat ini telah menggamit perasaan kita untuk memantapkan integrasi dan memperteguh ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Masalah perpaduan yang meruncing bukan sahaja melumpuhkan ekonomi malah melampiaskan pelbagai musibah. Ketegaran perpaduan masyarakat di negara ini bukan sahaja menjadi pemangkin yang mencorakkan negara yang berdaulat namun turut akan menjadikan negara ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara di dunia ini.


Karya kreatif

Sakinah menyisir masa lalunya dan menyelongkar nostalgia silam. Air matanya mula bertakung. Tidak terlintas di mindanya untuk mencantas tali persaudaraan yang terjalin. Segala peristiwa yang terungkai mengocak ketenangan kali perasaannya. Tindakan Imran, tunangannya seperti manusia yang pincang akhlak, rendah moral, sesat pemikiran dan menyeleweng daripada batas-batas keinsanan. Tidak pernah terdetik di sukmanya gelagat Imran yang meracuni kepercayaannya selama ini. Sakinah mendepani hari-hari yang mendatang walaupun kini dirinya semakin menanjak usia. Segala-galanya kini nampak begitu sempurna. Cukup sempurna setelah mengharungi badai dan onak kehidupan. Semuanya kini bagaikan seindah panorama Arafah.


Isu media massa

Sebagai pengguna yang celik teknologi komunikasi, penggunaan internet sudah tentu merupakan batu loncatan untuk kita menggapai kecemerlangan. Internet menyediakan pelbagai kemudahan serta tempat tersimpan khazanah ilmu yang mampu diterokai oleh semua peringkat masyarakat. Teknologi maklumat ini merupakan wahana yang dapat menyalurkan ilmu dan maklumat untuk dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.


Isu Pertanian


Mutakhir ini, era perdagangan semakin mencabar dan didominasi oleh pasaran global. Hal ini demikian, pemasaran hasil pertanian haruslah menepati kriteria yang ditetapkan. Hanya produk yang bermutu tinggi dan menepati Skim Akreditasi Ladang Malaysia sahaja yang dapat meneruskan kelangsungan usaha para petani. Golongan petani digalakkan mengamalkan pertanian yang mesra alam, hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk keperluan para pengguna. Jika gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka pengiktirafan akan ditarik balik. Kementerian Pertanian haruslah mempromosikan secara lebih agresif bidang pertanian ini.


Isu Penyakit

Masyarakat hari ini telah digemparkan dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang menggugah kesejahteraan sejagat. Wabak dan epidemik penyakit ini adalah sinonim dengan tindak tanduk songsang insani. Hal ini berlaku kerana mereka masih lagi terbelenggu dalam kepompong kejahilan. Sementelahan pula, segelintir masyarakat terlalu taksub dengan gaya hidup yang diwarisi sejak turun temurun dan tidak mahu membuat anjakan paradigma.

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING